top of page

BERITA TERKINI

Skuad Pengurusan Jenazah Ar-Razaq kongsi ilmu Fardhu Kifayah kepada belia Brunei

ree


BANDAR SERI BEGAWAN, AHAD, 15 DISEMBER - Seramai 50 peserta daripada Program Perkhemahan Belia Hijrah Mahabbah Lillah kali ke-10 anjuran Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YAYASAN) dan di kelolakan oleh Kumpulan Al-Qudwah UNISSA telah menyertai  Bengkel Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq yang berlangsung di Surau Al-Syafi’i, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).



ree

Para peserta bengkel ditunjuk ajar oleh dua fasilitator yang terdiri daripada Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) iaitu Muhammad Faiz Bin Haji Ibrahim dan Muhammad Amirul Arif bin Kamaruddin.



ree


Beberapa peserta yang ditemu bual meluahkan rasa syukur atas inisiatif ini, yang memberi mereka peluang untuk menambah ilmu, terutamanya mengenai empat aspek penting dalam pengurusan jenazah. Mereka juga berharap agar bengkel seperti ini dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan.


 
 
website background pattern_edited_edited.png

maklumat hubungan

Unit.23, Blok C, Tingkat 2, Sunway Centre

Lot 52052, Kampong Sungai Akar, Jalan Muara

+673 871 4235

Hak Cipta Terpelihara © 2025 | Ar-Razaq Kifayah Management, Brunei Darussalam

sumber keterangan

Laman Media Sosial

  • 15
  • GoMamam product images(12)
  • 17
  • GoMamam product images(14)
GoMamam product images(11).png
bottom of page