Menjaga Amanah Terakhir: Skuad Pengurusan Jenazah Sertai Pameran Inno-Faith 2025 di UTB
- Ar Razaq BN
- 11 Nov 2025
- 1 min membaca

BANDAR SERI BEGAWAN, KHAMIS, 2 OKTOBER 2025 -
UTB Inno-Faith 2.0 merupakan acara anjuran ExCo Keugamaan & Kerohanian (EKK) bersama Food Science Technology and Agrotechnology (FSTA) Student Chapter sempena Festival Konvokesyen Kesepuluh Universiti Teknologi Brunei. Acara ini bertujuan untuk menggalakkan pengalaman, pendidikan, kesejahteraan, kerjasama serta penglibatan dan kepercayaan komuniti yang bermanfaat kepada semua peserta.

Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) diberi peluang untuk menyertai pameran khas yang menonjolkan peranan penting ilmu Fardhu Kifayah dalam kehidupan seharian. Melalui pameran ini, SPJ berpeluang untuk berkongsi pengetahuan dan memperlihatkan proses pengurusan jenazah secara beretika, penuh rasa hormat dan berpandukan syariat Islam.

Penglibatan dalam acara ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada masyarakat tentang tanggungjawab sosial dan keagamaan dalam pengurusan jenazah, malah turut memperkukuhkan nilai ihsan, empati, dan amanah dalam kalangan generasi muda.

Dengan adanya ruang seperti ini, SPJ akan terus menunjukkan komitmen dalam memupuk keseimbangan antara ilmu duniawi dan ukhrawi, serta memperkasa pelajar untuk menjadi insan yang berilmu, berakhlak dan berbakti kepada masyarakat.



.png)


