top of page

BERITA TERKINI

Skuad Pengurusan Jenazah Lancar Program Bangkit Dan Beri

ree


BANDAR SERI BEGAWAN, JUMAAT, 31 OKT- Dalam usaha untuk memudahkan urusan pengurusan jenazah, serta menyemai rasa tanggungjawab sosial dalam kalangan komuniti, Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq telah mengadakan projek kebajikan menerusi Program Bangkit dan Beri yang berlangsung di Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit (MSSBRPAD), Kampung Manggis/Madang.


Program dimulakan dengan kehadiran para jemputan seawal 4:30 pagi, diikuti dengan sembahyang Fardhu Subuh secara berjemaah dan diteruskan dengan bacaan Surah Al-Kahfi.


Program seterusnya mencapai kemuncaknya denggan menyaksikan sesi pengagihan ‘Pakaian di alam Barzakh’ iaitu satu sumbangan amal berupa set kelengkapan jenazah yang disokong oleh Kumpulan Syarikat Mashoor kepada beberapa masjid yang terpilih dan diakhiri dengan sembahyang Sunat Dhuha berjemaah.


Adapun antara objektif program ini diadakan adalah bagi menekankan kepentingan melaksanakan sembahyang Fardhu Subuh berjemaah dan amalan berzikir selepasnya, selaras dengan hadis Rasulullah SAW tentang ganjaran melaksanakan sembahyang Fardhu Subuh berjemaah.


Disamping itu juga, melalui pelaksanaan program ini bertujuan untuk memudahkan para individu, organisasi dan syarikat dalam sama-sama berkongsi rezeki menerusi amalan bersedekah dengan menyediakan bekalan asasi dan set kelengkapan jenazah kepeda mereka yang memerlukan.

 
 
website background pattern_edited_edited.png

maklumat hubungan

Unit.23, Blok C, Tingkat 2, Sunway Centre

Lot 52052, Kampong Sungai Akar, Jalan Muara

+673 871 4235

Hak Cipta Terpelihara © 2025 | Ar-Razaq Kifayah Management, Brunei Darussalam

sumber keterangan

Laman Media Sosial

  • 15
  • GoMamam product images(12)
  • 17
  • GoMamam product images(14)
GoMamam product images(11).png
bottom of page