top of page

BERITA TERKINI

PAKAIAN DI ALAM BARZAKH: Bengkel Pengurusan Jenazah ke-20 Anjuran Syarikat Pengurusan Kifayah Ar-Razaq

ree


BANDAR SERI BEGAWAN, JUMAAT, 22 NOV- Seramai dua puluh orang peserta telah menyertai bengkel pengurusan jenazah yang diadakan baru-baru ini bertempat di D’Venue.Co, Jalan Batu Bersurat. Bengkel ini dikendalikan oleh  Awang Asmady bin Haji Ahmad, bersama beberapa penggapai daripada syarikat Ar-Razaq.


Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai pelaksanaan fardhu kifayah, khususnya dalam pengurusan jenazah, serta mempersiapkan individu untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus jenazah apabila diperlukan. Selain itu, bengkel ini juga bertujuan mendidik peserta untuk sentiasa mengingati hari kematian.


Bengkel ini bukan sahaja bertujuan untuk memperkasa pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan jenazah, tetapi juga untuk mendidik peserta agar sentiasa mengingati kematian sebagai sebahagian daripada kehidupan. 


Program ini diharapkan akan memberi inspirasi kepada peserta untuk terus berkongsi ilmu yang telah dipelajari dan menyumbang kepada masyarakat dengan lebih berkesan, seterusnya menjadikan pengurusan jenazah di negara ini lebih teratur dan berlandaskan syariat Islam.

 
 
website background pattern_edited_edited.png

maklumat hubungan

Unit.23, Blok C, Tingkat 2, Sunway Centre

Lot 52052, Kampong Sungai Akar, Jalan Muara

+673 871 4235

Hak Cipta Terpelihara © 2025 | Ar-Razaq Kifayah Management, Brunei Darussalam

sumber keterangan

Laman Media Sosial

  • 15
  • GoMamam product images(12)
  • 17
  • GoMamam product images(14)
GoMamam product images(11).png
bottom of page